Sunday, 1 February 2015

Ritual Mandi Bunga

Satu tradisi masyarakat Melayu yang masih lagi dikekalkan sehingga hari ini adalah kaedah mandi bunga yang sering diamalkan bagi meningkatkan seri wajah. Ritual ini sering dilakukan terutamanya dalam persiapan para pengantin baru yang akan bersanding. Apa pun tujuannya adalah bagi menaikkan seri pengantin supaya majlis persandingan menyerlahkan seri kedua pasangan. Bunga bunga daripada beberapa jenis dan warna (biasanya tujuh jenis ataupun warna bunga) akan direndamkan di dalam tab mandian ataupun kolah buat beberapa ketika. Kemudian ritual mandian dilakukan dengan berendam ataupun mandian biasa.

Apabila kita berbahas soal mandi bunga, sering kali ia mengundang kontra dan persoalan. Bukan sedikit tetapi terlalu ramai mereka yang mengaitkan ritual mandi bunga dengan kepercayaan yang syirik dan khurafat. Soalnya sekarang adalah bagaimana seseorang itu menilai dan memahami ritual mandi bunga itu sendiri. Tanpa pemahaman yang tepat dan akidah yang kukuh, seseorang itu terdedah kepada tergelincirnya iman bukan hanya khusus untuk mandi bunga, malah kepercayaan bahawa ubat tertentu dapat menyembuhkan sesuatu penyakit boleh merosakkan iman seseorang tanpa disedari.


Di sini ilmu dan pemahaman itu amat penting. Mandi bunga bukanlah suatu ritual yang bersifat misteri mahupun sakti. Ia sebenarnya bersifat saintifik. Tahukah anda kajian menunjukkan warna memainkan peranan penting dalam psikologi manusia dan warna juga mempunyai frekuensi gelombang tertentu yang dipengaruhi alam ini? Frekuensi ini juga mempengaruhi manusia.

Berbalik kepada persoalan mandi bunga. Dalam adat budaya Melayu mahupun budaya lain, ia biasanya menggunakan tujuh jenis bunga berlainan warna sebagai ramuan mandian. Pasti ramai yang tertanya tanya mengapa memerlukan tujuh jenis bunga berlainan warna. Ini adalah kerana ketujuh tujuh warna ini mempunyai gelombang tertentu yang diwakili oleh setiap jenis bunga yang mana warna warna ini adalah sama seperti warna warna pada sistem bioenergy manusia iaitu chakra dan aura.


Bunga bunga ini akan direndamkan di dalam air supaya frekuensi gelombang pada bunga bunga ini diserap oleh air dan kemudian air ini disiram ke seluruh tubuh badan. Apa yang berlaku di sini adalah air yang menyerap frekuensi pada bunga ini kemudiannya bersatu dengan sistem tenaga tubuh badan kita (aura). Di sini berlakulah proses pembersihan dan penjanaan tenaga (aura) manusia. Sebab itulah pengamal biasanya menasihati supaya jangan dikeringkan dahulu tubuh badan dan biarlah air mengering sendirinya. Logiknya adalah bagi memanjangkan proses penjanaan aura pada tubuh seseorang.

Biasanya ritual mandi bunga ini disulami dengan bacaan ayat ayat ataupun doa seperti selawat syifaa bagi penyembuhan diri dan sebagainya supaya proses itu mendapat berkat daripada Tuhan dan ia juga bertindak sebagai doa kepadanya.

Solat dan Aura

Umpama suatu rahsia yang tersembunyi di sebalik ritual solat yang diwajibkan kepada umat Islam, ia merupakan terapi alami yang dapat menjaga dan menjanakan kekuatan aura. Tanpa kita sedar, berwuduk sebelum solat, postur dan gerak badan semasa solat, bacaan surah dan bacaan dalam solat serta segala gerakan minda dan kerohanian yang berlaku dalam ritual ibadah ini sudah pun menjanakan penyucian, pembersihan dan penjanaan tenaga pada aura tubuh.

Berwuduk dapat membersihkan antena kulit bagi meningkatkan kualiti penyerapan dan sensitivitinya bagi merakam getaran tenaga alam. Gerak takbir, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud hinggalah memberi salam umpama satu senaman unik yang lengkap dengan aktiviti kinesiologi (otot otot) tubuh, pengakuan minda, kepasrahan jiwa (roh), kelenturan emosi dan sebagainya. Bacaan Al-Fatihah yang mengandungi tujuh ayat pada setiap rakaat umpama mengingatkan kita pada fakta tujuh warna dan tujuh lapisan aura yang dibicarakan tadi. Hanya dia yang maha tahu rahsianya.

Rancangan Aura Rasa

Rancangan Aura Rasa adalah satu rancangan masakan yang lain daripada yang lain. Ia adalah rancangan dua dalam satu yang memberi maklumat yang anda perlu tahu perihal Sistem Kesihatan Aura Manusia dan bagaimana pengaruh menu makanan seharian terhadap sistem ini. Secara ringkas, setiap episodnya memperkenalkan suatu topik perihal aura secara umum, kemudian anda dibawa bersama personaliti jemputan yang akan menjalani diagnosis aura bagi membongkar rahsia warna aura mereka. Berpandukan hasil diagnosis itu, beberapa menu masakan disediakan bagi membentuk keseimbangan aura personaliti berkenaan. Chef Aura menunjukkan penyediaan makanan yang memiliki aura aura yang sihat.

Rancangan ini adalah suatu evolusi dalam terbitan rancangan masakan yang menggabungkan aura dan rasa (menu makanan). Setakat ini belum pernah mana mana negara menghasilkan dokumentari seumpama ini yang menggabungkan teori Tenaga Warna (aura) pada sumber pemakanan dan kesannya pada sistem bioenergy manusia. Ia adalah satu usaha yang perlu diketengahkan, barulah ilmu aura benar benar dapat difahami.

Bagi anda yang ingin menonton siri Aura Rasa ini, anda boleh layari www.7chakra.com atau www.mych57.tv dan klik pada imej ikon mediktv dan eattv.





Teknik Penjagaan Aura

Teknik penjagaan aura adalah kaedah ilmu asas bagi menjaga keharmoniannya. Banyak kaedah dan bidang ilmu yang membicarakan tentangnya secara teori dan amali, namun keberkesanan teknik teknik ini lebih dirasai melalui bimbingan peribadi oleh seorang chi-master atau guru. Antara seni penyembuhan aura yang mudah dan praktikal dewasa ini adalah Seni Penyembuhan Reiki yang secara meluasnya digunakan di seluruh dunia. Malah teknik Reiki juga digunakan di hospital hospital Barat sebagai rawatan pelengkap kepada rawatan moden.

Ramai ahli intelektual daripada pelbagai kaum mempelajari dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Banyak permasalahan dan situasi dapat diatasi melaluinya kerana aura yang harmoni adalah pencetus kepada kehidupan yang harmoni dan sihat. Aura yang hebat bukan sahaja membawa manfaat kepada pemiliknya malah ia terpancar dan menjadi tarikan yang kuat yang mencetuskan kehormatan, keceriaan, kesejahteraan, kemuliaan dan sanjungan insan lain terhadapnya.




Aura itu umpama medan magnet yang hebat, memiliki aura yang positif dapat menarik tenaga positif hadir dalam kehidupan. Sekiranya menjanakan aura kekayaan, ia menarik harta dan kekayaan ke dalam kehidupan. Ia adalah hakikat dan fakta. Ia dapat dimiliki dan dikuasai oleh sesiapa tanpa ada sempadan usia, jantina, agama, budaya ataupun nasib tertentu. Mempelajari ilmu aura atau Reiki membolehkan seseorang menjana aura yang diingininya.

Kesihatan aura juga dapat dijaga melalui terapi pemakanan seharian. Saya turut memperkembangkan teori teori ilmiah dan berkongsi tip penjagaan aura melalui skop pemakanan melalui siri masakan yang ditayangkan di stesen TV tempatan.

Saturday, 31 January 2015

Teknologi Foto Aura

Daripada teknik foto aura, warna personaliti ini dapat dikenal pasti kecenderungannya sama ada ia merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo ataupun violet. Kecenderungan inilah yang membezakan sikap, perwatakan, cara berfikir, permasalahan dan kedudukan yang berbeza beza di antara kita. Sebagai contoh, para cerdik pandai pemikiran memiliki kecenderungan penggunaan getaran gelombang tenaga kuning berlebihan yang menjadikan mereka bijak, hebat, berjaya, kaya dan berkedudukan. Namun begitu, secara fitrahnya tenaga yang diguna secara berlebihan mula tidak stabil ataupun tidak harmoni.





Kesan daripada itulah pada kebiasaan, mereka ini mengalami kecenderungan masalah penyakit ginjal, kencing manis, gastrik, masalah sistem hati dan limpa; yang simptomnya seperti keguguran rambut, kerabunan, sakit pinggang atau belikat, panas baran, ego dan lain lain. Setiap warna memiliki kelebihan tersendiri dan sudah pasti setiap kelebihan ada kelemahannya.

Melihat aura melalui foto aura, bukan sahaja suatu pengalaman yang menyeronokkan tetapi ia juga dapat digunakan sebagai satu diagnosis kesihatan bagi mengukur tahap gelombang tujuh warna dalam tubuh yang berkait rapat bagi kegunaan fizikal dan psikologikal kita. Maklumat tentang kecenderungan, kehebatan, kelebihan serta kekurangan ini dapat dikenal pasti daripadanya. Umpama berkenalan dengan diri sendiri, mengkaji rahsia diri, satu kehebatan kejadian Tuhan.

Walaupun begitu, di Malaysia kaedah diagnosis dan ilmu aura ini masih hijau tetapi kian bercambah pesat. Tidak seperti negara negara maju di Barat, penggunaan foto aura ini bukan sahaja digunakan oleh pengamal perubatan alternatif, ia sudah diterima pakai sebagai salah satu alat diagnosis penting di Hospital moden, pusat sains sukan, jabatan sumber manusia, jabatan psikologi manusia dan lain lain. Sebagai contoh, beberapa hospital swasta di Barat menggunakan kaedah diagnosis aura sebagai pemeriksaan awal sebelum diagnosis fizikal dijalankan. Ini kerana, sebarang bentuk ketidakseimbangan tenaga pada fizikal, minda dan emosi diukur bagi menentukan kesesuaian rawatan susulan yang diperlukan oleh pesakit. Contohnya bagi pesakit kanser yang mengalami gangguan emosi dan minda yang dikenal pasti daripada diagnosis aura, ia akan dirujuk kepada ahli psikologi bagi sesi kaunseling sebelum rawatan fizikal kanser dimulakan.

Kini teknologi canggih ini ada di Malaysia, walaupun penerimaannya masih pada peringkat pengenalan, namun keputusan diagnosis ini dapat dijadikan sandaran pada apa jua permasalahan fizikal, minda dan emosi seseorang.

Sistem Aura Manusia

Menurut ilmu sains fizik, setiap benda terdiri daripada partikel partikel kecil yang disebut sebagai atom. Atom terdiri daripada elektron elektron negatif dan proton proton positif. Proton dan elektron ini adalah getaran letrik dan magnet. Proton bergerak mengelilingi di sekeliling inti sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak disebut ruang atau medan tenaga (energy field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya. Dengan demikian, setiap benda yang terdiri daripada atom mempunyai ruang tenaga bercahaya. Inilah yang disebut aura.


Aura adalah medan arus elektromagnet atau perisai halus yang terbentuk di luar objek yang memiliki sejumlah getaran gelombang tenaga di dalamnya. Getaran gelombang tenaga ini berkait rapat pada tahap tenaga pada minda, emosi dan fizikal individu berkenaan. Melalui teknik foto aura, tahap tenaga gelombang ini dikenal pasti melalui warna warna yang berada di sekeliling tubuh subjek di mana setiap warna mewakili tahap tenaga yang berbeza beza getaran gelombangnya. Melalui ilmu dan kaedah chromatology, tahap getaran tenaga ini dapat mentafsirkan keadaan kesihatan, karakter, personaliti, kekuatan dan kelemahan subjek yang dikaji.

Aura juga bertindak sebagai perisai diri. Manusia terdedah kepada getaran tenaga negatif yang berada di sekelilingnya. Dari sinar UV yang berlebihan sehinggalah kesan sinar inframerah yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia seperti gelombang mikro, televisyen, radio, telefon bimbit dan lain lain. Aura yang sihat dan bersaiz besar dapat mengekalkan keharmonian tubuh di dalamnya, manakala aura yang nipis dan pecah memudahkan getaran gelombang negatif masuk dan mengakibatkan ketidakseimbangan tenaga berlaku. Faktor stres adalah salah satu manifestasi ketidakseimbangan tenaga pada aura tubuh manusia.

Kebanyakkan buku buku yang membicarakan ilmu aura menceritakan kewujudan medan tenaga ini dalam beberapa lapisan. Sebahagian lapisan ini mengikut bentuk tubuh manusia manakala selebihnya berbentuk bujur telur. Setiap lapisan medan tenaga ini mempunyai tugasan dan fungsi yang berbeza beza, yang berperanan penting pada sistem bioenergy manusia. Terdapat tujuh lapisan aura yang berada di sekeliling tubuh fizikal manusia. Lapisan lapisan itu adalah:

Lapisan Pertama: Lapisan Tubuh Eterik
Lapisan yang paling hampir atau dalam, dekat dengan tubuh fizikal; mewakili tahap kesihatan tubuh fizikal.

Lapisan Ke-2: Lapisan Tubuh Emosi
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit seseorang. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal tiga inci daripada tubuh fizikal

Lapisan Ke-3: Lapisan Tubuh Mental
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh

Lapisan Ke-4: Lapisan Tubuh Astral
Lapisan pertengahan antara lapisan lapisan yang lain, berkait rapat pada Chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.

Lapisan Ke-5: Lapisan Tubuh Eterik Tinggi
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun, pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti mantera, zikir ataupun doa.

Lapisan Ke-6: Lapisan Tubuh Mental Tinggi
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem gerak rasa atau firasat manusia

Lapisan Ke-7: Lapisan Tubuh Rohaniah atau Spiritual
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh bagi pelbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem roh yang terhubung dengan talian hayat (dikenali juga sebagai kundalini) daripada Tuhan.

Rahsia kehebatan penciptaan Tuhan menjanakan ketujuh tujuh getaran gelombang tenaga warna pelangi ini bergetar dan memancar bagi keharmonian semua sistem rohani dan jasmani di mana setiap manusia memilikinya. Namun begitu, kita memiliki kecenderungan menggunakan satu medan tenaga secara berlebihan ataupun dalam kekerapan yang tinggi, seterusnya menjanakan satu perwatakan tersendiri dan unik. Gelombang warna ini lebih terpancar keluar dan dapat dilihat pada medan gelombang elektromagnet di sekeliling tubuh yang dinamakan aura.

Sistem Antena Tubuh

Seperti sistem komputer, sistem manusia tiada fungsi sekiranya tiada bekalan elektrik ataupun bateri yang dialirkan kepadanya. Pada sistem bioenergy manusia, minda, tubuh dan roh ini memerlukan dan menggunakan sumber tenaga dalam tugasannya. Sumber tenaga ini diperoleh dari pelbagai sistem (makanan, udara, air dan cahaya). Sumber tenaga elektrik hadir terutamanya dari tenaga suria melalui rakaman arus elektromagnetik cahaya yang dirakam oleh liang roma di seluruh kulit pada tubuh manusia. Bulu roma dan rambut umpama antenna yang merakam gelombang tenaga ini yang berada di persekitaran kita.


Ia seterusnya dialirkan melalui sistem jaluran tenaga yang dikenali sebagai meridian oleh rawatan akupunktur. Meridian ini pula terhubung dengan jalur kundalini yang bertindak umpama salur utama yang dikatakan berada di sepanjang tulang belakang tubuh. Kundalini juga merupakan antara pusat tenaga utama yang dikenali sebagai chakra. Arus tenaga dari antenna disimpan oleh chakra yang kemudiannya mengalirkannya semula bagi aktiviti elektrik keseluruhan tubuh. Pengaliran pergi balik tenaga elektrik di sepanjang tubuh ini seterusnya menghasilkan medan elektromagnetik di sekeliling tubuh yang dikenali sebagai sistem aura manusia.

Sistem Bio-Energy Manusia

Sistem bioenergy manusia adalah salah satu jurusan dalam ilmu rawatan komplementari yang membicarakan tentang sistem tenaga manusia. Ia adalah gabungan ilmu medik timur dan barat yang diambil dari pelbagai sumber ilmu. Gabungan ini memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan kita dalam merungkaikan persoalan demi persoalan mengenai sistem bioenergy itu sendiri.

Secara sains moden, sistem bioenergy manusia ini memberi pendedahan kepada aktiviti sistem saraf dan otak manusia yang padanya terdapat aliran arus letrik kecil dikenali sebagai neurotransmitter. Ia menjana impuls letrik dalam aktiviti AP (Action Potencial) yang membolehkan sel sel berkomunikasi dan menghantar isyarat ke seluruh otot dan organ tubuh. Ia juga membicarakan jenis gelombang, ukuran ukuran gelombang, tindak balas gelombang tubuh, kaedah mengukur, aktiviti aktiviti dan sebagainya.


Michael Nudel dan Eva Nudel (2000) menyatakan di dalam buku mereka Health by Bio-Energy and Mind, "Setiap sesuatu di dalam alam ini mengandungi tenaga. Segalanya saling berhubung kait. Seluruh pemikiran dan mental states kita adalah tenaga. Sebagai sebahagian daripada organisma kosmik, kita adalah satu kejadian keenergian."

Ruang bioenergy manusia ini mengandungi jasad jasad halus dengan potensi potensi tenaga mereka, yang mana memberikan kekuatan dan kuasa kepada tubuh biologi manusia. Potensi potensi tenaga ini bergantung pada keadaan fizikal dan kesihatan psikik, mungkin juga faktor faktor astrologi. Sebagai satu contoh, seorang ahli psikik yang berpengalaman dapat merasakan ruang tenaga dengan tangan mereka tanpa melakukan sentuhan pada tubuh. Kadangkala, dapat melihat pancaran aura di sekeliling seseorang itu.

Hari ini banyak pandangan dan hipotesis wujud berkenaan bioenergy dan sesetengah penyelidik penyelidik menamakannya sebagai psi-energy. Ujian ujian khusus di dalam makmal makmal membolehkan para penyelidik ini menemukan gelombang tenaga yang dikeluarkan oleh manusia. Dengan adanya aktiviti aktiviti mental, gelombang gelombang itu bertukar dengan kelajuan sepantas fikiran di mana pemikiran itu diikuti oleh tenaga. Caj caj elektrik di dalam otak manusia, berubah ubah mengikut tahap tahap kesedaran seseorang. Ruang elektrik manusia ini adalah satu kesatuan zon zon elektrik positif (+) dan negatif (-)

Secara tradisional pula, ilmu perihal tenaga ini dibicarakan beribu tahun dahulu dalam pelbagai kaedah terapi dan rawatan. Sejarah rawatan akupunktur yang berusia lebih 5000 tahun menceritakan mengenai titik titik tenaga manusia yang menjadi jaluran tenaga di sepanjang tubuh. Ia dikenali sebagai meridian. Manakala dalam ilmu rawatan tradisional India seperti Ayurveda, Prana dan Yoga, konsep pusat tenaga ini dibicarakan dengan meluas sebagai nadis (yang sama seperti meridian), kundalini, aura dan chakra.


Tidak ramai yang sedar hakikat rawatan atau ilmu bioenergy ini adalah asas kepada banyak sistem atau jenis terapi yang lain. Sebagai contoh mudah, rawatan akupunktur menggunakan jarum akupunktur yang dipasakkan pada titik titik tertentu pada tubuh yang berhubung kait dengan arus getaran tenaga bagi sistem yang hendak dirawat. Begitu juga dalam rawatan refleksologi, urutan yang dilakukan pada tapak kaki sebenarnya adalah bagi merangsang getaran arus elektrik pada seluruh badan di mana pengamalnya akan melihat tapak kaki seumpama peta pada seluruh organ badan. Malah, terapi bioenergy ini adalah asas bagi semua sistem saraf, kelenjar hormon, darah, tulang, otot, organ organ, pancaindera, sistem rasa, gerak hati dan sebagainya.

Antara sistem utama yang disentuh dalam ilmu bioenergy adalah tentang sistem aura dan chakra. Walaupun ilmu aura dan chakra ini ilmu purba, ia kini banyak didokong oleh fakta fakta fizik dan saintifik. Ini memudahkan teori teori lama ini diterima dan disahkan. Namun begitu, terlalu banyak ruang lagi bagi sains dan teknologi terokai dalam skop ini. Sebagai contoh, dewasa ini kita mula membicarakan tentang Teknologi Nano, FIR, Thyclon dan yang terkini adalah mengenai Teknologi Bio (Biotech). Semua ini mempunyai persamaan dan padanan, cuma hala tuju yang mungkin berbeza. Beberapa bulan lalu, saya dimaklumkan saintis Jepun berjaya menemui Aluminium Nitride (AIN) yang mempunyai ukuran kelajuan cahaya tertinggi dalam keluarga gelombang ultra ungu iaitu 210nm. Penemuan ini tentunya berguna kepada teknologi maklumat dalam meningkatkan daya kelajuan penghantaran maklumat melalui kabel Fiber Optic (teori kelajuan cahaya). Hasilnya kini, kita dapat memiliki perisian yang bersaiz fizikal kecil namun mempunyai saiz atau keupayaan yang besar. Jika dahulu saiz itu hanya dalam nisbah kilobait, kini ia mencapai ke tahap gigabait. Bukan untuk tujuan itu sahaja, banyak lagi faedah yang akan diperoleh dalam pelbagai arena hasil pertemuan ini.

Namun di Malaysia, kita masih jauh ketinggalan. Masyarakat kita masih baru dalam memahami tentang aura yang memiliki spektrum tenaga yang dapat dilihat. Di negara maju lain, mereka sudah pun sampai ke tahap mengkaji spektrum yang tidak nampak (invisible light spektrum) seperti inframerah jarak jauh dan ultra ungu. Lebih menyedihkan, istilah aura di Malaysia tidak benar benar dilihat secara ilmiah tetapi digunakan oleh pihak pihak tertentu bagi tujuan komersial sahaja. Usaha menyampaikan Teori Ilmiah dalam ilmu bioenergy ini masih kurang dan dingin.

Selepas memahami serba sedikit perihal sumber tenaga kehidupan yang diperoleh dari tenaga suria, cuba kita fikirkan beberapa fakta berkenaan sistem bioenergy atau sistem tenaga hayat manusia yang menggunakan tenaga ini. Bagi memahami sistem bioenergy ini, saya suka mengupasnya dengan memberi contoh sistem manusia sebagai instrumen Bio-Komputer.

Satu analogi mudah hubungan antara manusia dan komputer yang menunjukkan bagaimana kita berfungsi dan berinteraksi dengan dunia luar di sekeliling kita adalah seperti berikut:
 

TUBUH                       JENTERA
MINDA                       PERISIAN
ROHANI                     PROGRAM

Terdapat beberapa persamaan secara prinsip dan tugasan pada komputer dengan prinsip dan tugasan manusia. Komputer, jentera yang memiliki kabel elektrik, tenaga elektrik, pangkalan menyimpan data, cip cip memori dan lain lain, mempunyai persamaan pada fungsi tubuh manusia. Papan litar utama pada komputer mempunyai persamaan seperti fungsi otak yang mana perisian komputer bertindak sebagai mindanya.

Komputer hanyalah sebuah alat, kegunaannya tidak terhad namun sejauh mana ia bermanfaat kepada kita bergantung kepada cara ataupun untuk apa ia digunakan. Pada setengah orang, ia hanya berfungsi sebagai mesin taip canggih, manakala pada yang lain, ia adalah sebagai medium komunikasi, diari, penyimpan data peribadi, faks, pelayar internet yang menghubungkan dunia luar dan sebagainya. Roh manusia bertindak sebagai programmer komputer di mana ia yang menentukan cara pengendaliannya.


Anda akan mendapati papan litar utama pada komputer (motherboard) berfungsi seperti otak dalam tubuh manusia. Kabel wayar yang menghubungi ke setiap komponen padanya pula berfungsi seperti sistem saraf dalam tubuh manusia. Komponen seperti silikon, besi, plastik, elektrik dan lain lain pada komputer ini berfungsi seperti organ organ dalaman dalam tubuh manusia. Walaupun pada amnya komputer hanyalah gambaran satu sistem tubuh manusia, namun ia tidak dapat menandingi keupayaan ataupun kehebatan sistem tubuh manusia itu sendiri.

Tanpa tubuh fizikal yang mantap, kita tidak dapat melakukan banyak pergerakan berbentuk fizikal dalam dunia tiga dimensi ini. Hanya dalam kondisi yang baik ataupun sihat, pencapaian kita akan lebih meningkat. Namun begitu, organ atau komponen yang lemah tidak dapat ditukar ganti semudah menukar komponen sebuah komputer. 

Minda pula bertindak sebagai penjana yang membolehkan setiap komponen seterusnya iaitu tubuh berfungsi dalam kondisi yang sempurna. Ia umpama sejumlah software yang menjalankan tugas dalam pelbagai bentuk dan kegunaan sama ada secara automatik (separa sedar) ataupun manual (penuh sedar) mengikut sepertimana yang diprogramkan pada setiap satu daripadanya.

Software inilah yang menentukan sebarang bentuk kerja kerja komponen dalaman, tindakan, operasi, fungsi dan lain lain. Setiap satu software ini menjalankan tugasnya tersendiri. Namun begitu, kapasiti dan potensinya tidaklah terhad seperti komputer, minda mempunyai kemampuan luar biasa, tanpa batas yang hebat bagi menjanakan pelbagai aktiviti sedia ada dan baru bergantung pada arahan yang diprogramkan padanya.

Di sinilah peranan penting yang kita (roh) perlu lakukan di mana kita bertindak sebagai programmer bagi memahami fungsi, keupayaan, bentuk program dan sebagainya yang dapat diubah, ditambah serta dimajukan dalam sistem minda kita. Kitalah yang akan menentukan jenis, tahap dan kualiti minda sepertimana yang kita mahukan dalam kehidupan ini. Software yang baik dan hebat menjadikan minda dan tubuh serta kehidupan anda hebat. Begitu jugalah sebaliknya.

Sekarang mari kita mengenali komponen komponen yang ada dalam ilmu sistem bioenergy manusia. Saya akan mendedahkan informasi ini dari satu sistem ke satu sistem. 



Warna Itu Tenaga

Warna adalah satu aspek yang mempengaruhi kehidupan. Ia menemtukan kelebihan, kekurangan, kekuatan, kelemahan, menyerikan dan memudaratkan individu. Menerusi ilmu Chromatology dan Terapi Warna yang membicarakan aspek warna secara mendalam, kita mendapati setiap individu memiliki warna sasnya atau warna personalitinya tersendiri. Ia diklafikasikan mengikut getaran gelombang elektromagnetik yang dominan dalam tubuh seseorang serta bersandarkan kepada warna asas yang tercetak dalam DNA mereka. Warna ini tidak dapat dipadam ataupun ditukar ganti dengan warna lain, ia adalah mutlak. Melalui ilmu ini, kecenderungan, minat, emosi, kesihatan, tahap penyakit, tahap mental dan spiritual seseorang dapat dinilai dengan mengenal pasti tahap getaran gelombang elektromagnetik yang terdapat di sekeliling tubuh. Ia dikenali umum sebagai warna warna aura.

Matahari, suria atau sistem solar adalah sumber yang menjana kehidupan melalui cahayanya yang memberi tenaga. Bumi dengan segala makhluknya, termasuk manusia, haiwan, serangga, tumbuh tumbuhan yang hidup di darat ataupun lautan bergantung kepada tenaga sistem solar ini bagi menjana kehidupan.



Matahari memancarkan pelbagai sinaran elektromagnetik dengan gelombang yang berbeza beza. Ada yang dapat dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya dapat diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma ataupun pelapis tertentu dan mata manusia dapat melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.

Matahari juga memancar gelombang yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti sinaran inframerah, ultra ungu dan sinar-x. Walaupun mata tidak dapat melihat sinaran ini tetapi tubuh sentiasa terdedah kepadanya. Pendedahan tubuh kita kepada gelombang ini mendatangkan kebaikan, tetapi pendedahan yang berpanjangan pula memudaratkan. Sebagai contoh, sinaran ultra ungu yang terhad menggalakkan tubuh kita menghasilkan vitamin penting tertentu, manakala pendedahan berpanjangan membakar dan meningkatkan risiko terhadap barah kulit. Manusia sememangnya sentiasa di pengaruhi dengan warna, sama ada secara psikologi mahupun fizikal. Sebagai contoh, lampu berwarna merah didapati mempercepatkan pengaliran darah lalu meningkatkan tekanan darah, manakala cahaya dari lampu biru pula memberi ketenangan.


Hubung Kait Cahaya - Tenaga - Warna

Sifat sifat getaran gelombang ini dapat diukur dan disukat dengan kaedah sains fizik menerusi alat spektronanometer. Kita dapat melihat, mendengar, menghidu, merasai dan menyentuh getaran gelombang ini juga dapat dilihat, didengar, dihidu, dirasai dan disentuh dengan menggunakan pancaindera manusia iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit badan. Contohnya ia dapat dilihat melalui radar (televisyen), di dengar melalui radio, muzik dan bunyian, dihidu menerusi haruman bunga, buah, kulit, daun, batang dan akar tumbuhan tumbuhan, dirasa melalui lidah seperti manis, masam, pahit, masin dan pedas, disentuh melalui jari seperti panas, sejuk, suam dan sebagainya.

Malah, getaran gelombang ini juga dapat dilihat melalui mata kasar iaitu pelangi. Pelangi adalah getaran gelombang cahaya yang dilihat dalam bentuk pelbagai warna menerusi alat pelapis cahaya semula jadi maha pencipta iaitu kabus hujan. Bilangan warna pelangi yang berbeza beza menunjukkan getaran gelombang mempunyai bilangan getaran yang terdiri daripada komponen komponen getaran berasingan yang sifat ukurannya berbeza beza.
 

Cahaya adalah getaran gelombang sinaran suria dan sinaran suria memiliki sifat cahaya yang nampak dan cahaya yang tidak nampak. Semuanya ini adalah komposisi sumber tenaga alam. 



Tenaga Kehidupan - Cahaya

Manusia adalah sehebat hebat kejadian. Untuk hidup, manusia memerlukan udara, air, makanan dan cahaya. Udara atau yang tepatnya oksigen, air dan makanan adalah sumber asas yang saling melengkapkan dan memerlukan antara satu sama lain supaya terus terhasil. Contohnya, untuk bernafas manusia memerlukan komposisi oksigen. Umumnya oksigen dihasilkan daripada proses fotosintesis pada pigmen hijau tumbuhan. Manakala tumbuhan memerlukan air dan cahaya untuk hidup. Air dihasilkan daripada gabungan komposisi hidrogen dan oksigen. Tumbuhan juga memerlukan karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia ataupun haiwan. Secara asas, dapat kita katakan dengan adanya oksigen yang dihasilkan oleh tumbuhan, ia mengizinkan air (H2 O) juga terbentuk. Maka, tumbuhan dan manusia saling memerlukan dalam sistem kitaran semula. Malah, seterusnya dari tumbuhan, manusia mendapat sumber makanan seperti bijirin, ubi, buah, daun, batang, akar dan sebagainya.

Dapat kita tafsirkan di sini, satu satunya sistem yang tidak memerlukan sesuatu yang lain bagi dihasilkan adalah sumber cahaya. Cahaya adalah anugerah pencipta yang memiliki pelbagai manfaatnya. Selain limpahan cahaya yang membolehkan kita mengenal erti siang dan malam, erti panas dan sejuk dan nikmat perubahan ataupun peralihan masa, cahaya membawa bersamanya pelbagai khasiat penyembuhan dan kesihatan tubuh.












Manusia dicipta dan dibentuk dengan sempurna, lengkap lagi teratur. Ia merangkumi jasmani, rohani, mental dan emosi. Tubuh manusia berfungsi melalui pelbagai sistem, dilengkapi pula dengan satu daya magnetik dan dihembuskan dengan roh iaitu manifestasi kejadian dan kekuasaan yang Maha Pencipta.


Tubuh manusia berfungsi dengan sempurna melalui dua sistem utama iaitu biokimia dan getaran letrik. Sistem biokimia ditugaskan kepada sel Glia (neuroglia), manakala sistem getaran letrik dipertanggungjawabkan kepada sel neuron.

Manusia memerlukan cahaya, air, oksigen dan makanan untuk hidup. Makanan sel terdiri daripada dua kumpulan iaitu pemakanan makro dan mikro. Pemakanan makro terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak dan air manakala pemakanan mikro terdiri daripada vitamin dan zat galian atau sebatian. Semua pemakanan ini hanya dapat dimanfaatkan selepas dicernakan dan dijadikan unsur tenaga. Tenaga ini dihasilkan oleh kilang tenaga yang wujud dalam badan dan sistem manusia iaitu Adinosintriphosphate (ATP). Tenaga yang terhasil digunakan oleh tubuh dan baki yang tidak digunakan akan disimpan bagi digunakan kemudian.

Namun begitu, kilang tenaga hanya dapat berfungsi apabila adanya kuasa letrik. Di sinilah peranan sel neuron diperlukan bagi menjanakan tenaga. Penjanaan tenaga yang dimaksudkan adalah sinaran cahaya suria dalam bentuk getaran gelombang elektromagnetik. Tanpa kuasa ini, kilang tidak dapat berfungsi, justeru tiadalah kehidupan. Dalam analisis ini, jelas sekali segala kehidupan di muka bumi ini hanya wujud apabila terdapat sinaran cahaya suria.

Penilaian Yang Adil

Sebelum kita menuduh yang bukan-bukan terhadap ilmu ini, baik kita berlapang dada untuk mengkaji dan meneliti. Ilmu ini bukan omongan kosong, banyak kajian dan peralatan teknologi canggih yang telah digunakan untuk mengkaji perkembangan ilmu ini. Ilmu ini bukanlah sesuatu yang mistik semata-mata tanpa dapat ditemui punca dan asalnya. Jika ilmu ini berunsur jin, pastilah ilmu ini tidak akan dapat dihuraikan melalui sains metafizik, pasti tiada kajian yang dapat dijalankan. Ahli sihir atau bomoh yang mensyirikkan Allah, sama sekali tidak akan dapat menghuraikan dari mana ilmu yang dia perolehi mengikut fakta dan kajian. Islam sendiri pun telah menegaskan bahawa, “kita hanya berhukum dengan sesuatu yang zahir”, yang zahir ini maksudnya dapat dikaji dengan fakta sains. Bukan cakap-cakap kosong semata-mata, atau sangkaan semata-mata.


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Memahami..Teruskan bersama saya dalam mempelajari ilmu reiki dan penyampaiannya dalam versi universal dan Islamik. Semoga kita bersama-sama mendapat mempelajarinya secara ilmiah, sainstifik dan selaras dengan Islam. Insya Allah.

Di akademi ini ( AAMC ) kita juga akan memastikan ilmu reiki ini terus dikembangkan supaya ramai orang yang memerlukan dapat manfaatnya untuk membantu mengatasi berbagai masalah harian antaranya masalah kesihatan, penyakit medis, gangguan emosi, stress, hilang keyakinan diri, trauma, gangguan sihir, masalah hubungan rumah tangga, masalah dalam kerjaya dan bisnes. Kaedah yang kita telah jalankan selama ini banyak yang telah mendapat manfaatnya berdasarkan testimoni pesakit dan pengakuan pengamal reiki itu sendiri.


Maka adalah menjadi tanggungjawab saya dan juga para Reiki Master Teacher yang dilantik oleh akademi ini memelihara ilmu reiki versi islamik ini agar tidak dikotak katikan lagi dan dipandang serong oleh mereka yang belum memahaminya atau pun mereka yang berkepentingan diri yang akan mengatakan ilmu reiki yang kita bawa tidak betul, yang betul cara dia sahaja… dan kita akan mengelakkan dan menolak mana- mana individu atau pihak yang menggunakan sentimen agama sebagai alat untuk menarik orang ramai menyertai dan membeli produk mereka hingga mengatakan produk orang lain tidak bagus. REIKI ITU MEMBAWA ENERGI KASIH SAYANG, SALING MEMBANTU DAN BERBUAT BAIK KEPADA SEMUA MAHKLUK.

Ilmu Aura Reiki bersifat fakta sains ilmiah yang telah ada bukti sainstifik dan bersifat universal yang boleh dipelajari  oleh semua orang tidak mengira bangsa dan agama dan digunakan untuk tujuan perawatan seperti ilmu perubatan moden, akuapuntur, refleksiologi, irodologi, bekam, herbalogi, urutan tradisional,  dan lain- lain perubatan alternatif. Ilmu reiki bukanlah bersifat ritual atau keagamaan. Namun sebagai seorang pengamal yang beragama Islam sudah pasti akan berdoa, membaca al fatihah dan selawat sekurang- kurangnya ketika sedang  mengalirkan energi untuk rawatan.

Kaedah Terapi Reiki telah diiktiraf oleh Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementeri Kementerian Kesihatan Malaysia ( diklasifikasikan sebagai perubatan tenaga ) . Di negara maju kaedah perubatan terapi reiki berkembang pesat sebagai perubatan alami yang diakui berkesan  membantu merawat berbagai penyakit.


Apa yang penting adalah niat, doa dan usaha dengan keikhlasan dan keyakinan yang tinggi, dan berserah serta bertawakal  kepada Allah swt untuk menyembuhkan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Semoga kita diberikan petunjuk dan hidayahya di dalam mempelajari ilmu hikmah ini. Salam aura kasih sayang : Khairul Hafsham bin Rosli (Master in REIKI)

Kaitan Ibadah & AURA

Aura adalah ilmu umum, tidak terikat dengan mana-mana doktrin agama. Kenyataan ini adalah tepat dan sahih. Cuma, aura memerlukan aplikasi ibadah dari agama untuk memantapkan dan mengembangkan potensinya supaya dapat menjadi lapisan perisai yang sangat kukuh dari serangan radiasi luaran dan serangan tenaga negatif kepada tubuh manusia. Kita sebagai muslim, sudah pastilah kita beribadah mengikut cara Islam. Aqidah kita hanya pada Allah, tiada kepada selain Dia. Bahkan ibadah dalam Islam adalah medium terbaik dalam mengembangkan, memanatapkan serta meningkatkan potensi aura kita. Kerana setiap ibadah yang kita lakukan, pastilah kita memerlukan unsur air (yang memegang unsur tenang, sejuk dan mendamaikan) iaitu wudhuk sebagai ‘cleansing’ yang terbaik untuk sistem tubuh serta sistem antena energi tubuh iaitu bulu roma dan rambut.


Wudhu’ dan niat hanya kerana Allah adalah isyarat penghantaran energi yang mantap dan pantas kedalam sistem tubuh melalui medium air, yang menyucikan kotoran fizikal, dosa dan tenaga negatif. Sesungguhnya wudhu’ adalah bersifat takhalli (pembersihan), membersihkan dari tenaga yang negatif yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kejiwaan dan masalah kesihatan fizikal. Apabila tubuh telah suci dan bersih dari hadas kecil, hadas besar, tenaga negatif, dan dosa-dosa kecil, maka situasi tersebut telah berada dalam keadaan bersedia menerima energi yang positif, ketenangan dan keheningan sebelum menuju ke peringkat tahalli (menyerapkan/pengisian) dengan ibadah-ibadah yang akan dilakukan.

Selepas itu, sebelum memulakan ibadah, pastilah dimulakan dengan membaca “Bismillah…” untuk menjauhkan syaitan dan untuk mendapat keberkatan. Dengan bacaan tersebut, udara disekeliling akan bergetar, molikul wap-wap air akan dienergikan dengan getaran gelombang bunyi bacaan bismillah yang terkandungkalimah-kalimah mulia, nama-nama yang baik dan indah yang memberikan getaran gelombang positif, dan mengenergikan tubuh dengan energi yang positif, menyihatkan badan, bertindak sebagai pendinding Insya Allah.
 
Setiap bacaan ayat suci al-Quran yang di lafazkan dan zikir-zikir yang di ungkapkan, sebenarnya menghasilkan getaran gelombang tenaga yang positif disekitar kita melalui molikul wap-wap air dan oksigen . Setiap dengungan bacaan, nyaringan sebutan dalam bacaan tersebut, akan menggetarkan sel tubuh badan, dan menggetarkan chakra serta mengenergikannya (tahalli). Elektron-elektron negatif dan proton-proton yang positif semakin aktif mengelilingi inti, lantas menghasilkan medan tenaga aura yang lebih besar, mantap sangat, indah dan seimbang.


Begitulah gambaran umum bagaimana aura terjana ketika kita beribadah, dan sebenarnya banyak lagi manfaat ibadah lain seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya, dalam menjana kestabilan aura dan chakra kita. ILMU AURA METAFIZIK BUKAN BERASAL DARI JIN/ SYAITAN.

Seperti mana yang telah saya nyatakan diatas, aura ini bukanlah berasal dari jin dan syaitan, terdapat banyak bukti saintifik menyatakan ianya adalah berasal dari sistem tubuh manusia. Bukan dari pemujaan, atau sebarang ritual yang berunsur penyembelihan, darah dan sebagainya yang sedia kita maklum.

Dakwaan sesetengah orang yang berpendapat aura ini berkaitan dengan jin adalah meleset. Jika ianya ‘berjin’ seperti yang didakwa, pastilah pengamal aura yang beragama Islam terpaksa melakukan perkara seperti berikut:

*Mengeluarkan kenyataan yang tidak bertepatan dengan aqidah.
*Melakukan amalan yang bertentangan dengan syari’at Islam
*Melakukan sebarang ritual atau upacara yang meragukan dari sudut aqidah 

*Menceritakan hal-hal yang boleh menimbulkan fitnah dalam agama. 
*Melakukan sesuatu amalan yang jelas bertentangan dengan syari’at

Hakikatnya jin dan syaitan tidak akan membantu manusia dengan ‘seikhlas hati’ tanpa memerlukan sebarang habuan, korban atau kesetiaan kita dalam menurut syarat-syarat mereka. Setiap bantuan jin dan syaitan pastinya mengandungi agenda mereka dalam menyesatkan aqidah kita sebagai muslim. Setiap bantuan mereka pasti akan ada syarat-syaratnya dalam menyengutu dan menderhakai Allah Ta’ala. Tidak akan ada persahabatan atau pemilikan jin tanpa sebarang syarat-syarat yang menyesatkan. Jin dan syaitan tidak akan bersahabat dengan manusia sebagai makhluk yang mulia, tanpa sebarang ritual yang menyebabkan manusia itu menghinakan diri mereka kepada jin dan syaitan. Mereka cukup berbangga sekali jika mereka dapat berdampingan dengan manusia, lebih-lebih lagi jika manusia menjadi hamba kepada mereka.

Menurut pengamatan dan pengalaman saya bertahun-tahun sebagai pengamal terapi aura Reiki , tiada sedikit pun amalan dalam perubatan aura ini yang menyalahi aqidah dan syari’at Islam. Tiada sebarang ritual yang menyamai atau dipengaruhi mana-mana agama , tiada kasad atau i’tiqad yang meragukan dan perbuatan yang menentang secara terang-terangan mahupun secara sembunyi terhadap syariat Islam. Kita berpegang kepada 5 prinsip amalan yang murni iaitu setiap hari tidak marah, tidak bimbang dan resah, terus bersyukur, reda dan pasrah, jujur dalam perbuatan dan berbuat baik kepada semua makhluk.. Prinsip amalan reiki tidak bercanggah dengan Islam, malah satu kaedah untuk mendekatkan diri dengan Allah.


Dalam Reiki hanya menggunakan energi yang ada di alam semesta seperti makanan, minuman, flora, cahaya 7 warna, oksigen, air, tanah dan tenaga bio energi dalam tubuh, tenaga minda, dan tenaga spiritual, untuk diolah menjadi tenaga yang membantu merawat penyakit emosi, jiwa dan jasmani.. Niat, perasaan, fikiran dan ungkapan kita akan menghasilkan tenaga dan bergetar menghasilkan gelombang. Bacaan ayat- ayat quran, doa dan selawat juga akan menghasilkan tenaga gelombang yang sangat tinggi energinya dan digunakan untuk proses perawatan dalam Islam.

Ini juga termasuk dalam ilmu tenaga Reiki, sebab tenaga reiki adalah tenaga alam semesta yang dikurniakan oleh Allah hasil proses aktiviti semua makhluk dan segala yang ada di alam semesta ini termasuk matahari, bulan, bintang, tumbuhan, binatang & serangga, air, angin, batu dan bukit bukau Semua energi ini telah pun dikurniakan Allah kepada kita, Cuma kita perlu belajar kaedah dan teknik mengolahnya untuk tujuan kebaikan. Kita tidak bermaksud memohon kepada tenaga alam semesta ini sebaliknya hanya menggunakannya untuk berbagai tujuan kebaikan dan perawatan. Kita hanya berusaha tetapi yang memberikan kesannya adalah Allah s.w.t

Kita bebas mengamalkan wirid yang kita pelajari, doa dan al fatihah serta selawat semasa mengalirkan reiki sebagai memenuhi tuntutan sebagai muslim memohon 100% kepada Allah . Kita pengamal reiki hanya sebagai pengalir tenaga sahaja dan kita mesti berserah /pasrah kepada Allah.

Sepanjang saya mengamalkan wirid-wirid, alhamdulillah tiada bukti atau tanda-tanda yang tubuh saya dihuni jin atau syaitan, tiada perasaan panas dan sebagainya (tanda-tanda kerasukan jin dan syaitan) yang sepatutnya timbul jika dalam tubuh seseorang dihuni jin atau syaitan. Malah pengamal reiki yang yakin dan ikhlas akan merasa perubahan yang baik kepada diri, iaitu semakin khusuk ibadatnya, tahap kesedaran ESQ semakin tinggi dan sinar auranya terpancar dari tubuh.. Wajah akan kelihatan ceria dan berseri, berbanding dengan mereka yang negatif dan dirasuk jin akan kelihatan wajahnya kusam dan muram, mudah tersinggung dan sakit tubuh badannya.

Memang benar, terdapat beberapa kes, yang mana apabila dibacakan rukyah syar’iyyah kepada seorang Reiki Master, maka Reiki Master tersebut menjerit dan timbul beberapa tanda yang membuktikan tubuhnya dihuni jin. Hal ini berlaku kerana mungkin reiki master itu mempunyai sejarah peribadinya sebelum ini ( mungkin ada saka atau pun menuntut berbagai ilmu yang berkaitan khadam / jin yang disangkanya Islamik, mempunyai ilmu persilatan yang berkaitan jin sebelum atau selepas menerima Reiki Master ).

Banyak kemungkinan boleh berlaku, antaranya, ialah mungkin tubuh pengamal reiki tersebut sememangnya telah lama dihuni jin sebelum dia menerima attune Reiki lagi. Kemudian, selepas dia ambil ijazah master Reiki, kebetulan dia berjumpa dengan pengamal perubatan Rukyah Syar’iyyah, dan dirinya dirukyahkan, maka muncullah tanda-tanda tubuhnya dihuni jin. Bagi saya kes tersebut adalah bersifat terpencil dan tidak boleh dijadikan hujah bahawa semua pengamal perubatan aura atau Reiki memiliki jin atau menyeru jin dalam praktis mereka sehingga jin tersebut menghuni tubuh mereka.

Sesungguhnya jin adalah golongan yang pandai menipu, banyak helah dan hebat ilmu psikologinya dalam menghasut dan merosakkan manusia.

Adakalanya tubuh jin tersebut kebal atau imun dengan energi-energi alam atau energi dalam manusia seperti energi aura dan jurus semata-mata, kerana mereka berpengalaman lama dalam hidup ini dan telah berjumpa dengan bermacam-macam perawat serta bahan rawatan.

Islam tidak menyempitkan ilmu perubatannya hanya menggunakan kaedah rukyah syar’iyyah semata-mata, Islam juga membenarkan perubatan konvensional moden, refleksologi, urutan, herba, perubatan aura reiki dan sebaginya walaupun tidak menggunakan rukyah syar’iyyah, asalkan selagi perubatan tersebut tidak melampaui sempadan syari’at Islam yang mulia.



Bagaimanakah AURA Terbentuk

Setiap sesuatu yang wujud di alam ini samada batuan, manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain, adalah terhasil dari kesatuan berbilion-bilion sel atau atom yang membentuk menjadi sesuatu objek.


Atom terdiri dari elektron-elektron negatif, dan proton-proton positif, Proton dan elektron ini adalah getaran letrik dan megnet. Proton bergerak mengelilingi inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak digelar sebagai ruang medan tenaga (energy field). Medan tenaga ini memancarkan cahaya (invisible light spectrum ) atau lebih dikenali sebagai aura.


Lapisan aura ini dimiliki oleh semua manusia. Cuma ketebalannya berbeza mengikut cara dan gaya kehidupan seseorang. Adakalanya aura seseorang hanya mengelilingi sekitar tubuhnya sahaja, ini adalah lapisan yang normal bagi seseorang yang sihat dan seimbang peribadinya, ada juga yang menjagkau puluhan bahkan ratusan kilometer.

Menaungi dan memberikan tenaga, semangat dan kekuatan kepada orang dan pelbagai hidupan disekelilingnya. Inilah yang dikatakan baraqah atau berkat yang dimiliki oleh orang-orang yang alim dan soleh. Kehadirannya memberikan kebaikan kepada sesiapa yang memandangnya, menghadirkannya dan menghampirinya dengan izin Allah jua.

Definisi AURA

Aura merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar objek atau tubuh manusia. Aura adalah medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib).

Ianya berperanan melindungi tubuh manusia dari getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kepada kesan sinar infrared yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia.
 

Setiap sesuatu yang memiliki tenaga dan medan tenaga. Sedangkan besi berani yang kaku dan mati itu, turut memiliki tenaga dan medan tenaga. Inikan pula manusia yang Allah telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian, yang miliki semua sistem yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sudah tentu manusia juga memiliki medan tenaga yang hebat yang melingkar disekelilingnya tubuhnya yang dikenali sebagai aura. Semua orang boleh merasai aura mereka jika tangan mereka sensitif dengan lapisan tersebut. Deria sensitif boleh dilatih dan diaktifkan penggunaannya.Aura bukanlah mainan akal atau psikologi otak semata-mata, melainkan ianya adalah benar dan sahih mengikut kajian saintifik.

Ada sesetengah orang tidak dapat merasakan aura mereka kerana tangan mereka mungkin tidak sensitif dengan lapisan tenaga tersebut. Mereka yang mengatakan bahawa ilmu aura metafizik ini hanya khayalan semata-mata adalah tidak benar, dan hujah itu membuktikan mereka tidak dalam penilaian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka adalah golongan yang ketinggalan zaman, menolak perkembangan kaedah perubatan dan berfikiran jumud.


Aura mempunyai tujuh lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan fungsi tujuh chakra utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.

Aura yang sihat dan sempurna, lapisannya indah, tebal, licin dan lembut. Manakala aura yang mengalami masalah atau bermasalah, lapisannya banyak mengalami kebocoran tenaga, kasar, kesat, tajam dan nipis. Oleh sebab itulah perawat perubatan aura dapat mengesan penyakit yang berada pada tubuh pesakit dengan melakukan teknik imbasan penyakit melalui deria sensitiviti aura di telapak tangan mereka.

Lapisan aura yang sihat dan sempurna, akan menghasilkan kesihatan tubuh badan serta peribadi yang baik dan seimbang. Dari aura yang seimbang, tubuh akan miliki imun dan perisai pertahanan diri yang kuat dari serangan penyakit.

Manakala aura yang tidak sempurna dan bermasalah akan mengundang penyakit dan pelbagai masalah lain seperti masalah emosi dan rohani.

Jika seseorang yang sedang menghidap penyakit, kemudian dia mendapatkan rawatan Islam atau rawatan Aura, maka penyakit yang dihidapinya akan beransur pulih (hanya dengan keizinan Allah semata-mata), kerana getaran gelombang tenaga auranya telah distabilkan, ‘ditampal’ dan pulihkan dari sebarang kebocoran, insya Allah.

Aura yang baik dan seimbang juga dapat menghasilkan peribadi dan sikap yang positif, akhlak yang terpuji dan sentiasa menarik perhatian yang positif masyarakat sekeliling kepadanya, hidupnya sentiasa semangat dan memberi semangat kepada orang lain. Tidak menghina dan memperlekehkan orang lain.

Manakala lapisan aura yang rosak dan tidak sihat, akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan tubuh badan, mengundang pelbagai radiasi luar tubuh dan mengundang pelbagai jenis penyakit, sentiasa berfikiran negatif dan mempengaruhi orang lain supaya bersikap negatif sepertinya, sikap serta peribadi yang bermasalah, selalu menganggap diri lebih hebat, menghina orang lain, hilang kekuatan diri, rendah diri, tekanan perasaan, rendah diri (yang bercanggahan dengan syariat), memberontak, degil dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) yang akan melanda dirinya.


Aura adalah kelebihan manusia yang Allah Ta’ala ciptakan. Ilmu ini bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat. Ilmu aura ini telah dikaji dengan kajian saintifik bukan dongeng semata-mata. Banyak kajian telah dilakukan. Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat.

Apabila ianya telah dikaji mengikut sains, maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti, realiti, dan bukan sekadar teori atau sangkaan kosong sahaja. Apa yang paling penting, ilmu ini bukan bersumber dari jin seperti yang dikatakan oleh sesetengah perawat.

Apa itu REIKI ?

REIKI adalah bermaksud tenaga alam semesta dan teknik terapi reiki dipelopori oleh Dr. Mikaou Usui dari Jepun. Namun selepas itu berkembang di Amerika dan di negara maju hinggalah ke Malaysia. Ilmu terapi ini bersifat ilmu sains bio energi yang membicarakan tentang sistem bio energi dan tenaga hayat serta tenaga 7 warna yang dipancarkan oleh matahari. Kita dapat hidup, bernafas, bergerak dan berfikir adalah kerana wujudnya tenaga (energi) di dalam tubuh kita.

Energi ini didapati dari sumber alam semesta iaitu matahari iaitu dari tumbuhan yang kita makan, dari air yang kita minum dan oksigen yang kita bernafas. Sumber energi ini semuanya adalah kurnia Illahi kepada makhluk ciptaannya. Kaedah reiki adalah bagaimana kita menggunakan energi ini dengan maksima dan diolah untuk tujuan kesihatan, keharmonian dan kesimbangan sistem tubuh, emosi, minda dan spiritual.

Pelajaran Reiki bersifat universal seperti ilmu sains yang lain, perubatan moden, kejuruteraan dan sains fizik. Ianya dipelajari oleh semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Reiki tidak mengamalkan amalan ritual dan keagamaan. Namun sebagai muslim kita digalakkan memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan membaca surah Al Fatihah dan selawat serta zikir – zikir yang mudah semasa melakukan rawatan kerana setiap ayat dan doa yang dibaca akan mengeluarkan getaran gelombang yang tinggi yang boleh membantu proses rawatan. Kita hanya pengalir kepada energi ini dan berserah kepada Allah 100% dengan yakin, ikhlas dan sabar.


Namun terdapat lagi salah faham dan pengertian tentang ilmu aura reiki dikalangan masyarakat kita. Namun salah faham ini akan dapat dijelaskan apabila mereka ini hadir sendiri di dalam kursus aura reiki yang dikelolakan oleh akademi reiki sendiri. Pengalaman saya mengajar ilmu reiki, ramai para guru agama ( ustaz / ustazah ) yang telah mengikuti kursus aura reiki sudah memahami maksud dan cara amalan reiki dan mereka sangat positif tentang ilmu reiki dan belajar hingga ke peringat Master Reiki.

Pada asalnya mereka sendiri merasa was–was dan curiga tentang amalan reiki, tetapi akhirnya apabila sudah hadir kursus dan menyaksikan sendiri kaedah, teknik dan prinsip amalan reiki, mereka ini juga berminat mempelajari reiki. Tanpa kita sedari kita juga sudah pun mengalirkan reiki apabila bersalam-salaman/jabat tangan, memegang dan menyentuh orang sakit, mengusap-usap dada apabila terkejut, memegang dahi ketika stress, mengirimkan salam, berdoa dan membaca bismillah ketika mahu mula makan minum dan sebagainya… Itulah teknik reiki (mengalirkan dan menghantar energi)